Luar Negara

Penumpang rasis marah orang Islam baca al-Quran dalam kereta api

SEORANG penumpang Islam dimarahi kerana membaca al-Quran dalam gerabak kereta api di London Underground.

Penumpang Islam tersebut yang sedang membaca surah al-Quran terkejut apabila seorang lelaki yang bercakap dengan loghat Afrika Selatan, mula menjerit kepadanya.

Dalam video yang disiarkan itu menunjukkan lelaki tersebut berkata, “Ini adalah negara Kristian, anda perlu berkelakuan seperti yang kami lakukan”.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran Tower Hill di tengah London pada kira-kira 6.40 pagi pada Sabtu lalu.

Lelaki tersebut terus menjerit kepada penumpang Islam itu kerana menganggap penumpang tersebut tidak menghormatinya.

“Saya berada di sini dan anda tidak mempunyai kesopanan untuk bertanya sama ada jika anda boleh melakukannya,” katanya.

Menurut penumpang Islam tersebut, dia terasa dihina dengan kejadian tersebut.

“Saya terkejut pada mulanya. Kemudian dia meneruskan dan ketika itulah saya berasa diserang dan dihina.

“Dia mendapat perhatian semua orang dan dia cuba menafikan hak asasi saya.

“Saya cuba mengabaikannya berkali-kali. Saya cuma mahu membaca Aa-Quran seperti saya lakukan setiap pagi,” katanya.

Penumpang tersebut berkata dia membaca Al-Quran dengan perlahan dan tiada siapa yang terasa terganggu kecuali lelaki itu.

Tambahnya, dia juga sudah meminta lelaki tersebut pindah tempat lain jika rasa terganggu tetapi lelaki tersebut tidak melakukannya.

Memurut penumpang tersebut, dia tidak menyangka membaca al-Quran adalah satu masalah.

“Saya percaya itu cuma alasan untuk dia meluahkan perasaannya dan membuat saya berhenti membaca al-Quran kerana dia percaya, ‘kita tidak sepatutnya dibenarkan baca doa kami,” katanya. -SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button