Politik

Pemuda diingat tidak hipokrit-Lambung pemimpin ketika menang, pijak ketika kalah

PEMUDA UMNO mahu pengkhianat parti dihapuskan seluruhnya bagi memastikan parti itu tidak terus menjadi mangsa perbuatan sabotaj oleh golongan berkenaan.

Ketua Pemuda, Dr. Ashraf Wajdi Dusuki berkata, tidak pernah berganjak dengan pendirian untuk terus mempertahankan institusi kepimpinan parti ‘without fear or favour’. 

“Pemuda tidak boleh bersikap hipokrit, melambung pemimpin tatkala menang, tetapi memijak lumat pemimpin tatkala jatuh kecundang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2022 di WTC Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, buktinya jelas di hadapan kita. Daripada PRU-14 hinggalah PRU-15, kedua-dua kepimpinan tertinggi parti dibunuh kredibilitinya dan diwajahkan dengan persepsi hodoh akibat pendakwaan politik terpilih dengan begitu dahsyat hingga mengakibatkan UMNO jatuh tersungkur. 

Kata beliau, memang malang alangnya kita sendiri yang merelakan segala kebobrokan yang berlaku. Pentas media sosial peribadi dibuka ruang untuk kepimpinan sendiri dihina. Malah kita khayal dan seronok dengan gegak gempita, sorak sorai penonton tatkala memerli dan merendahkan parti sendiri.

“Lebih menyedihkan apabila kewujudan api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut yang berkempen dalam pilihanraya dengan cara mengutuk parti dan Presidennya sendiri.

“Tak pernah terbayang dek akal kita, bagaimana pemimpin-pemimpin yang sudah berpuluh tahun hidup mewah di atas keringat dan air mata ahli-ahli parti, tetapi kali ini memilih memburukkan parti dan kepimpinan hanya kerana mereka tidak dapat menjadi calon lagi,” katanya.

Sesetengah calon UMNO, katanya, juga memilih untuk menjadi ‘hero’ dengan mencerca parti. Dijaja kononnya mengundi beliau bermakna undi untuk memulihkan UMNO yang sesat, rosak dan korup. Seolah-olah dialah satu-satunya yang paling suci, paling sempurna, dan paling hebat segala- galanya.

“Apa hodoh sangatkah UMNO yang menatang mereka sehingga sesetengahnya dapat beberapa kali menjadi menteri? Apa busuk sangatkah kepimpinan kalau mereka yang berulang kali khianat pun masih diberi tempat bertanding oleh parti?

“Jadi bagaimana rakyat nak percaya UMNO dan Barisan Nasional mampu memimpin negara? Bagaimana rakyat nak yakin bahawa kita boleh membawa kestabilan jika pemimpin atasan dilihat bercakaran?” katanya. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button