Politik

Armada sambut baik pendirian UMNO kukuhkan PN

ARMADA Bersatu Malaysia menyambut baik kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong kestabilan politik di bawah naungan kerajaan Perikatan Nasional.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, serentak itu semua parti yang berada dalam PN perlu istiqamah dan segera menguatkuasakan gencatan politik.

Beliau turut mencadangkan agar parti-parti dalam PM memulakan dialog ke arah sebuah rekonsiliasi nasional dan mengekalkan momentum yang ada demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Wan Ahmad Fayhsay turut mengulangi komitmen Armada Bersatu Malaysia untuk terus mengukuhkan kerjasama bersama Dewan Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Pengukuhan itu demi perpaduan ummah yang menjadi teras kejayaan politik negara khususnya dalam kalangan anak muda Malaysia.

“Sebagai sayap pemuda parti yang memperjuangkan kepentingan bersama, kita seharusnya menjadi contoh kepada anak muda.

“Maka amatlah penting untuk kepimpinan pemuda UMNO, PAS dan Bersatu mulai duduk semeja demi kepentingan anak bangsa yang menaruh harapan tinggi kepada kita,” katanya.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dpengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi memutuskan untuk terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Mesyuarat itu turut mengambil ketetapan menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

“Majlis Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional. UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consesus,” kata Ahmad Zahid.

Selan itu UMNO akan memastikan Muafakat Nasional iaitu kerjasama parti itu dengan Pas akan terus diperkasakan seperti yang telah ditetapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Keputusan yang diambil oleh UMNO dilihat memberikan kelegaan terhadap kerjasama dalam Perikatan Nasional yang dilihat agak goyah sebelum ini.

Ini berikutan ada pemimpin UMNO yang turut mencadangkan agar parti itu mengadakan kerjasama dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas merasakan mereka dibuli oleh Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.-SM

(Visited 520 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button