Politik

Ahmad Maslan ikrar beri khidmat terbaik sebagai SUA BN, MN

AHMAD Maslan berikrar akan memberikah khidmat yang terbaik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Muafakat Nasional yang baharu.

Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN  atas perlantikan tersebut hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang menjawat jawatan tersebut sebelum ini.

“Dirakamkan ucapan tkasih kpd Presiden UMNO dan Pengerusi BN DS @DrZahidHamidi atas perlantikan saya sbg SUA BN dan SUA MN

“Terima kasih banyak kpd TS @AnnuarMusa yang telah menjawat dua jawatan itu sebelum ini. Saya akan memberi khidmat yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab penting parti,” ciap Ahmad di Twitternya.

Annuar digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung BN dan MN hari ini.  Beliau dilantik ke jawatan Setiausaha Agung BN pada 16 Mac tahun lalu menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.-SM

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button