fbpx
Nasional

Pejabat Pos Tawau ditutup sementara

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memaklumkan kemungkinan berlaku kelewatan terhadap penghantaran mel dan bungkusan di Tawau, Sabah.

Jangkaan tersebut susulan penutupan sementara cawangan Pos Malaysia di Tawau bagi mematuh saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sementara itu juga diambil bagi memastikan langkah pencegahan jangkitan Koronavirus (Covid-19) dapat dilakukan.

“Kami ingin memaklumkan para pelanggan agar menjangkakan kelewatan bagi penghantaran mel dan bungkusan berikutan penutupan sementara ini.

“Keselamatan kakitangan dan pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan.


“Sejak bermula penularan Covid-10, Pos Malaysia telah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kakitangan dan pelanggan.

“Ia termasuklah menyediakan pelitup dan pelindung muka dan cecari pembasmi kuman kepada semua kakitangan pejabat dan petugas barisan hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Pos Malaysia menyarankan pelanggan untuk merujuk kepada saluran rasminya seperti di FACEBOOK.COM/POSMALAYSIABERHAD, Twitter di @pos4you dan Instagram @pos4you. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button