Kebakaran

Rumah pusaka hangus angkara ‘api misteri’, babitkan kerugian lebih RM150,000

Rumah pusaka berusia lebih 20 tahun yang didiami pasangan Nur Radihah Mohamad dan suami, Shafik Izani hangus terbakar angkara ‘api misteri’.

Ujar kakak kepada Nur Radihah, Norhawinda, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.00 petang dan bomba tiba kira-kira 6.40 petang untuk memadam kebakaran.

“Ceritanya.. adik saya sudah beberapa hari tidak berada di rumah kerana anaknya yang berusia tujuh bulan masuk ke wad.

“Namun ketika hari kejadian, adik ada balik sekejap untuk ambil dokumen dan ketika itu suaminya perasan ada api besar di pada bahagian bilik belakang,” katanya.

Ujar Norhawinda, orang-orang kampung cuba membantu untuk memadamkan kebakaran namun disebabkan air terlalu perlahan, usaha tersebut gagal.

“Lokasi rumah pusaka keluarga yang musnah dalam kebakaran itu adalah di Kampung Kuala Balah, Jeli, Kelantan dan anggaran kerugian adalah lebih RM150,000.

“Setakat ini, pihak berkuasa seperti polis dan bomba memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka.

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button