Nasional

Bukan perintah berkurung, tetapi jarakkan hubungan sosial

LANGKAH kawalan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan bukan perintah berkurung, tetapi bertujuan untuk menjarakkan hubungan sosial.

Jika perintah berkurung orang ramai tidak boleh keluar rumah termasuk untuk membeli makanan.

Menurut bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, ini bagi membendung penularan Covid-19 kerana kawalan itu dapat merendahkan jangkitan.

Dr Dzulkefly Ahmad 

Malam tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kawalan pergerakan itu mulai hari Rabu 18 Mac sehingga 31 Mac.

Kerajaan akan membataskan pergerakan awam dalam usaha membendung penyebaran Covid-19. Ini termasuk penutupan sekolah, IPT dan premis swasta.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan penting serta pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.

Muhyiddin dalam ucapannya, berkata banyak negara telah mengambil langkah drastik membendung Covid-19, seperti China yang menunjukkan penurunan dalam penyebaran virus itu.

Kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai lusa

Covid-19: Sekolah, IPT seluruh negara diarah tutup sementara

Tindakan tegas terhadap individu ingkar perintah kawalan

Memetik laporan Malaysiakini, Dr Dzulkefly yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor berkara, ungkapan yang paling baik adalah elak aktiviti sosial.

“Benar ia gangguan tetapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik,” katanya.

Istilah merendahkan lengkung epidemik merujuk kepada tindakan mengurangkan dan memperlahan penularan sesuatu wabak.
Namun, beliau mendakwa perintah kawalan pergerakan ini dibuat tanpa mendapat nasihat yang wajar kerana  langkah-langkah yang diambil itu tidak seperti perintah berkurung di China atau Itali.
“Jadi, sebagai pengerusi pasukan petugas khas Covid-19 di Selangor, saya setuju atas semua usaha ini. Ini selaras dengan usaha mengelakkan aktiviti sosial,” katanya kepada Malaysiakini.

 

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button