Nasional

Tindakan tegas terhadap individu ingkar perintah kawalan – Peguam

Peguam Haniff Kahtri Abdulla mengesyorkan supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sambil menyifatkan tindakan itu tepat pada masanya dan sah di sisi Perlembagaan, Haniff berkata, kesihatan dan nyawa rakyat Malaysia lebih bernilai daripada wang ringgit.

“Saya syorkan agar kerajaan akan tegas dalam pelaksanaan undang-undang terhadap mana-mana entiti ataupun individu yang mengingkari larangan terbabit, dan jika perlu larangan ini hendaklah dilanjutkan dari masa ke semasa dengan pemberian notis memadai 48 jam sebelum tempoh asal tamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menjelaskan menurut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 itu dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta keingkaran larangan menjadi satu kesalahan jenayah.

Katanya, kesalahan pertama boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun ataupun denda ataupun kedua-duanya sekali.


Perintah kawalan dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Langkah itu diambil berikutan gelombang kedua penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan pertambahan kes baharu secara mendadak.

Pengumuman telah dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai lusa

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button