Ekonomi

Abd. Rani dilantik Pengerusi Bank Rakyat baharu

DATUK Abd Rani Lebai Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat selepas memangkau jawatan tersebut sejak April

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada majlis pelancaran Visi dan Misi Baharu Bank Rakyat yang dilakukan secara maya hari ini.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Datuk Abd Rani Lebai Jaafar atas pelantikan beliau secara rasmi sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang baharu.

“Tahniah datuk. Saya berharap dengan pelantikan baharu ini beliau akan membawa Bank Rakyat kearah yang lebih maju, lebih cemerlang dan lebih mesra pelanggan. Insya-Allah,” kata Wan Junaidi.

Abd Rani memangku jawatan Pengerusi Bank Rakyat selepas perkhidmatan Datuk Noripah Kamso daripada jawatan itu ditamatkan pada 3 April lalu.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

 

(Visited 2,962 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button