Jenayah

Peguam saman Ketua Polis Johor

SEORANG Peguam, Kamal Hisham Ja’afar mengemukakan saman terhadap Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkaitan sidang media Ketua Polis Johor itu pada 22 April lalu.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Jun lalu, Kamal Hisham mendakwa Ayob Khan walaupun tidak menyebut namanya namun beberapa butiran telah merujuk kepada dirinya dalam sidang akhbar tersebut.

Dalam sidang akhbar itu, Kamal Hisham mendakwa, Ayob Khan telah menuduh beliau menyamar sebagai peguam Istana Johor dan pernah disabitkan atas beberapa kesalahan iaitu pecah amanah jenayah, penggubalan wang haram dan kesalahan di bawah akta syarikat.

Katanya, sebagai Ketua Polis Negeri sepatutnya membuat semakan rekod dengan Polis Diraja Malaysia atau dengan Mahkamah Malaysia terlebih dahulu sebelum menyatakan, menulis dan menyiarkan perkataan-perkataan tersebut.

“Defendan tahu dan berniat bahawa Perkataan-perkataan tersebut atau intipatinya akan disiarkan di dalam akhbar dan media-media sosial, dan/atau Defendan telah membenarkannya untuk disiarkan untuk dengan mudah mempengaruhi pihak-pihak wakil akhbar dan orang awam sekelian.


“Akibat penyiaran Perkataan-perkataan tersebut, reputasi Plaintif, secara kediri dan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara serta ahli perniagaan telah dirosakkan dengan teruk di mana Plaintif telah dan masih mengalami distres dan rasa malu,” katanya dalam pernyataan saman.

Kamal Hisham menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan/atau punitif; termasuk faedah, kos serta perintah atau relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.-SM

 

 

 

 

(Visited 106 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button