JenayahNasional

Lelaki mengamuk pukul ibu dengan tukul, ugut letup tong gas

ANGGOTA bomba mengambil tiga jam memujuk seorang lelaki yang memukul ibunya dengan tukul dan mengugut mahu meletupkan tong gas di sebuah flat di Jalan Gangsa, George Town, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shaari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.57 malam dan sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki 40-an mengunci pintu rumah dan mengikat pintu jeriji besi dengan dawai, selain memukul ibunya berusia 60-an.

“Anggota bomba cuba memujuk lelaki terbabit, namun tidak berjaya kerana dia dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Dia juga menghidupkan pembersih hampagas yang dibimbangi akan mencetuskan kebakaran,” katanya menurut Harian Metro.

Susulan itu, beliau berkata, satu aliran air bertekanan tinggi dibuka sebagai persediaan berdepan kemungkinan kebakaran.

Katanya, suspek hanya melepaskan ibunya selepas kira-kira tiga jam dipujuk, sebelum dia ditahan polis dan mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dirawat.

Ketua Polis Timur Laut, Razlam Ab Hamid mengesahkan suspek direman pagi tadi.

Difahamkan, lelaki yang tidak bekerja itu tinggal bersama ibunya dan seorang lagi ahli keluarga.

Ketika kejadian, suspek dikatakan memukul ibunya setiap kali anggota bomba cuba merapati mangsa untuk menyelamatkannya. – FMT – SM

BACA Lelaki warga emas ditahan pukul ibu berusia 90 tahun

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button