Jenayah

Dua ditahan memandu secara mabuk

SABAN hari ada sahaja berita kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu mabuk yang dilaporkan media.

Tetapi perkara itu seakan tidak diambil peduli apabila dua lelaki ditahan polis selepas didapati memandu secara mabuk di Petaling Jaya, Selangor.

Dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 40 tahun itu ditahan dalam Op Alkohol Dan Pencegahan Jenayah yang dilakukan di beberapa lokasi di Petaling Jaya pada pukul 11 malam hingga 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, sebanyak 73 buah kenderaan telah diperiksa dalam operasi tersebut.

“Selain memandu di bawah pengaruh alkohol, kita turut mengeluarkan satu saman di atas kesalahan memandu tanpa lesen.

“Kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Nik Ezanee, operasi ini akan diteruskan memandangkan masih ada yang ingkar dengan memandu di bawah pengaruh alkohol. – SM

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button