Politik

Bila menunaikan solat saya bagilah sedekah sikit – Shafie

KETUA Menteri Sabah berkata, beliau tidak menyangka perbuatannya bersedekah di masjid itu dijadikan taktik kotor dan bahan kempen pembangkang kononnya kejadian tersebut berlaku semasa tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang sedang berlangsung.

“Saya semasa berada di Sandakan dan bersekali dengan Lim Guan Eng setelah merasmikan Lapangan Terbang Sandakan lepas itu tidak sempat, saya menunaikan solat di Sandakan.

“Bila menunaikan solat saya bagilah sedekah sikit kepada penduduk-penduduk kampung di situ kerana mereka saya tahu berhadapan dengan masalah, itu bukan di Kimanis itu di Sandakan.

“Jadi bukanlah tujuan kita bagi sedekah mahu mengundi, orang Sandakan bukan mengundi di Kimanis,” kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal lapor Borneo Today.

Beliau mengulas gambar yang tersebar mengagihkan wang tunai kepada orang ramai di hadapan sebuah masjid yang tular di media sosial hari ini.

Mohd. Shafie menyelar tindakan pihak pembangkang yang memanipulasi gambar beliau bersedekah kepada orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Datuk Pangeran Galpam Sandakan, Jumaat lalu.

Ketua Menteri itu berkata, sudah menjadi kebiasaan kepadanya untuk bersedekah setiap kali berjumpa rakyat terutama di masjid.

Walaupun PRK Parlimen Kimanis sedang berlangsung, kerajaan tidak perlu menghentikan pemberian bantuan kepada rakyat terutama di kawasan lain kerana itu adalah tanggungjawab yang dipikul.

Ini kerana katanya, kerajaan boleh lumpuh jika pemberian bantuan dihentikan semata-mata demi memberi laluan kepada PRK Kimanis sehingga berakhir.

“Macam mana sistem kita ini takkanlah di Kimanis PRK kita padam semua jangan buat, jangan bagi bantuan orang kenapa tidak boleh, kita kena fahamlah sikit peraturan-peraturan lumpuh kerajaan ini kalau kita berhentikan semua oleh kerana ada PRK Kimanis,” katanya.

Menurut beliau, itu adalah taktik kotor pembangkang dalam berkempen termasuklah apabila menuduh beliau gagal membangunkan Sabah semasa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini.

“Satu taktik yang kotor kadang-kadang mereka menceritakan juga saya gagal untuk membangunkan negeri sabah kerana saya Menteri Luar Bandar peruntukan yang dibagi ke Kementerian Luar Bandar RM5 bilion, bukan saya mengurus Semporna bukan saya mengurus Sabah, saya mengurus Negeri Sembilan saya mengurus Pahang berapa peruntukan kita bagi dengan Pahang berapa peruntukan bagi dengan Kelantan bukannya besar RM5 bilion itu besar lagi peruntukan buat monorel RM27 bilion.

“Kadang-kadang bukan ertinya kita gagal daripada segi perbuatan kita bukan saya kata kita tidak hargai, kita hargai cuma saya katakan dalam jangka masa 50 tahun kita bertungkus lumus mereka tahu saya lantang dalam Kabinet menyuarakan pembangunan yang ada di luar bandar, saya tidur rumah panjang di Sarawak berapa yang kita bagi peruntukan itu, rumah panjang yang kita bina tanya orang Iban di Sarawak,” katanya.

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button