Politik

Projek RM1.16 bilion: SPRM mesti berani siasat

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya berani menyiasat skandal baharu membabitkan institusi Perdana Menteri dalam kerajaan.

Projek bernilai RM1.16 bilion dikaitkan dengan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui menantunya Datuk Adlan Berhan tular.

Ini kerana projek tersebut didakwa diperoleh melalui usaha melobi yang dilakukan oleh syarikat Iris Information Technology (Iris) yang mana Adlan dikatakan sebagai rakan kongsinya.

Melalui Iris, Adlan dipercayai mempunyai kepentingan melalui syarikat S5 Holdings Incorporation (S5) dengan pemilikan saham dalam syarikat Agathistwo Jia Sdn Bhd.

Skandal ini menjadi tumpuan kerana penganugerahan projek National Integrated Information System (NIIS) Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) diberikan ketika negara berada dalam tempoh Proklamasi Darurat iaitu pada 29 Januari 2021.

Malah, akibat penganugerahan projek ini dan penggantian sistem sedia ada iaitu Malaysian Immigration System (myIMMS) oleh syarikat Prestariang Berhad (kini dikenali sebagai Awantec) menyebabkan kerajaan dituntut ganti rugi sebanyak RM732 juta.

“Banyak yang rakyat mahu tahu termasuk tindakan saman oleh Prestariang yang menuntut ganti rugi sebanyak RM732 Juta. SPRM mesti berani menyiasat.

“Amat mendukacitakan di musim darurat ini macam macam lulus. Buat tiga dewan di Parlimen Pagoh sampai RM35 .4 Juta.

“Kini menantu pula adalah orang berkepentingan dalam projek yang bernilai RM1.16 Bilion.”

MOHD. PUAD ZARKASHI

Demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam satu kenyataan hari ini menggesa jawapan daripada Muhyiddin berhubung skandal ini.

Sebelum ini, Suara Merdeka melaporkan Presiden Laskar Siber, Datuk Lokman Noor Adam, mendedahkan kemungkinan wujud amalan kroni dalam pentadbiran Muhyiddin.

Katanya, penganugerahan ini adalah amat menyedihkan kerana urus niaga seperti ini berlaku ketika rakyat sedang terhimpit dalam tekanan ekonomi dan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Dalam pada itu, terdapat satu tanggapan muncul mengenai projek ini apabila anak lelaki tokoh korporat, Vincent Tan dikatakan mempunyai kepentingan majoriti dalam Iris.

Persoalan yang dilontarkan Mohd. Puad itu juga dilihat seperti memberitahu bahawa projek ini mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau umum diketahui rapat dengan Vincent Tan.

“Benarkah anak Vincent Tan sebagai pemegang majoriti saham Iris membeli saham tersebut (S5) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” soalnya. – SM

(Visited 1,010 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button