Politik

Gambar lama Anwar, Shamsul Iskandar curi tumpuan

TERGELAK melihat sekeping foto lama dikongsikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Naib Presiden PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin.

Gambar lama itu dipercayai dipetik sekitar tahun 1990-an ketika Anwar masih lagi berada dalam UMNO dan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ketika itu, beliau melawat Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan berpeluang bertemu Shamsul Iskandar yang menjadi pemimpin mahasiswa.

“Kenangan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bersama Rektor, Dr Abd Hamid Abu Sulayman dan pemimpin mahasiswa Shamsul Iskandar.”

Kata Anwar yang memuatnaik gambar lama ke dalam media sosial beliau ketika melawat UIAM.


Namun, apa yang menarik perhatian adalah peluang netizen melihat wajah Shamsul Iskandar yang masih muda, malah ada mendakwa beliau dahulu pernah kurus.

“Tak sangka dahulu Shamsul Iskandar pernah kurus dan banyak rambut,” komen Herjunot Ali.

“Dua orang pun handsome Anwar dan Shamsul Iskandar bakap pemimpin negara, Insya Allah,” kata Abdul Ghafor Ahmad Khan.

“Kedua dua ni hebat di medan reformasi. Reformasi Datuk Seri. Semoga hajat menjadi PM (Perdana Menteri) ke-9 akan menjadi kenyataan,” kata Tarmizi Solusi.

“Comelnya Shamsul Iskndar hahaha…” seloroh Saya Hafiz.

“Shamsul Iskandar muka macam budak nerd,” gurau Izad Mohamed.

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/posts/10161326012626840

Sementara itu, dalam Twitter Shamsul Iskandar, beliau mengulang ciap gambar yang dimuat naik Anwar dan menghargai peluang pertemuan ketika itu.

“Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang untuk menggilap idealisme dan kepimpinan.

“Bunga kamunting di luar pagar,
Kembang mewangi semerbak sunyi,
Dengan helah pencak pendekar,
Tidak tergugat pahlawan sejati!”

Ciap Ahli Parlimen Bukit Katil itu sambil menyampaikan serangkap pantun. – SM

(Visited 723 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button