AgamaNasional

Patuhi SOP Dunia Lawan Pandemik, Sekali Nyawa Ditarik Tanpa Bekalan SOP Untuk Alam Kubur

Dunia ini adalah tempat untuk manusia menjalani ujian yang diturunkan sebelum layak atau tidak untuk menikmati hidup yang bahagia di alam akhirat yang kekal selamanya.

Bagi umat Islam atau orang-orang yang mukmin, orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT, ujian ini merupakan asbab untuk manusia sedar bahawa kita cuma hamba.

Berbeza dengan golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT, mereka cuma melihat ujian ini sebagai beban dan makhluk adalah ‘punching bag’ untuk melepaskan marah.

Hasilnya? Dimarahkan bangsa, dimarahkan ahli politik, dimarahkan kerajaan, dimarahkan negara, dimarahkan pasangan, dimarahkan semua benda yang ada di depan mata.

Marah Sifatnya Daripada Siapa? Syaitan Laknatullah!

Jadi apa alasannya apabila mengaku kita adalah Melayu yang menjunjung Islam, membiarkan sifat syaitan meliwat emosi dan nurani kita?

Apatah lagi kita sebagai Melayu yang beragama Islam tidak berdakwah kepada hamba Allah yang tidak mengenal Islam untuk terus jauh dari Islam?

Mana tidaknya.. asalkan berlainan bahasa, bangsa dan fahaman agama, terus dikecam dan dihina tanpa sedar bahawa kita semua hamba Allah SWT.

Sehubungan itu, sifat yang membenih pada generasi akhir zaman ini harus dibuang walaupun sukar untuk memastikan masyarakat kita kekal harmoni.

Yang Tiada Iman Ambil ‘Jalan Bodoh’

Lebih-lebih lagi pada zaman sukar begini, belum lagi tiba betapa getirnya dunia sampai tiada makanan dan minuman, belum sampai dajjal benar-benar keluar, sudah ada hamba Allah SWT mengaku kalah.

Mengaku kalah kerana tiada iman, tidak meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam hidup dan lupa berserah kepada Allah SWT, syaitan akan terus berbisik untuk tamatkan nyawa.

Sebaliknya jika sudah berusaha dan letakkan Allah SWT sebagai kunci pedoman hidup kita, percayalah bahawa berita baik itu akan sampai berkali-kali ganda.

Pandanglah Hamba Allah Yang Lain

Jadi sebagai umat Islam, sebagai bani Melayu, pandanglah hamba Allah SWT yang lain, yang mungkin jatuh tersungkur kerana lupa akan Allah SWT.

Tugas kita bukan untuk tunjukkan diri kita baik dan sebagainya, sebaliknya dengan niat kepada Allah SWT, semoga kita diizinkan menjadi khalifah untuk membantu hambanya yang lain.

Yang masih ada iman, kekalkan. Yang lupa apa itu iman, cari semula. Yang langsung tiada iman, bisikan kehebatan Allah SWT untuk terus kuat menjalani hidup yang sementara ini.

Perjalanan kita untuk ke alam akhirat masih jauh dan carilah SOP alam kubur seperti bagaimana untuk dapatkan peneman cahaya menerusi al-Quran dan bagaimana untuk lepas daripada jawapan malaikat yang bersoal.

Wuallahualam!

 

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button