Nasional

Jaga sikap di alam pekerjaan – Raja Muda Perlis

“Sikap mencerminkan keperibadian”. Justeru, menjaga sikap itu sangatlah penting terutama sekali di dalam dunia pekerjaan.

Antara sikap-sikap yang harus dimiliki oleh setiap seorang pekerja di negeri Perlis ini baik penjawat awam mahupun swasta di peringkat apa sekalipun jawatannya ialah ‘Profesionalisme’ yang bermaksud mempunyai sikap untuk sentiasa bekerja keras, fokus dan memikul tanggungjawab.

Pada masa yang sama, setiap kakitangan hendaklah mampu menerima setiap perbezaan pandangan, pendapat, budaya mahupun persekitaran baru dengan erti kata lain memiliki pemikiran yang terbuka atau ‘open minded’.

Selain daripada itu, sikap jujur dalam setiap tugasan yang diamanahkan juga akan menjauhkan seseorang itu daripada terpalit dengan tindakan negatif seperti terlibat dalam gejala rasuah.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melawat Projek Integrasi Ternakan Kambing Felda Chuping, Padang Besar baru-baru ini. – SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button