AgamaNasionalNegeri

Tiga agensi agama di Perlis disaran bimbing rakyat

DEMI memastikan amalan menuntut ilmu agama sentiasa diutamakan di Perlis maka Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) hendaklah sentiasa membantu, memberikan panduan dan juga bimbangan untuk rakyat di negeri ini.

Para asatizah dan para pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis juga hendaklah sentiasa diperkasakan supaya menjadi agen perubahan kepada masyarakat bagi memenuhi segala hasrat murni tersebut.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyempurnakan sesi menandatangani Watikah-Watikah Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis iaitu bagi Tauliah Umum kepada 111 penerima dan Tauliah Al-Quran kepada 123 orang di Istana Arau, baru-baru ini.

Baginda selaku Yang DiPertua MAIPs juga berharap agar rakyat negeri ini dapat meluangkan masa bagi menghadiri Kelas Agama dan Kelas al-Quran yang telah disusun di masjid-masjid, surau-surau dan juga pelbagai institusi di seluruh Perlis.

Titah Raja Muda, “Kita semua perlu meyakini bahawa faedah dan kelebihan menuntut ilmu ini bukanlah hanya untuk diri kita sendiri, bahkan bakal memanfaatkan mereka di sekeliling kita juga,”.- SM

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button