Politik

PAS Perlis sokong penyatuan ummah, tolak khemah besar

PAS Perlis menyambut baik kenyataan rasmi parti seperti yang dikeluarkan oleh Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah yang menolak idea ‘Khemah Besar’ bagi menghadapi PRU-15 tidak lama lagi.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, idea berkenaan pada asalnya bertujuan memastikan pertembungan satu lawan satu pada PRU-15 nanti.

“Namun PAS Perlis melihat ia hanya membuka ruang kepada parti-parti di dalam Pakatan Harapan l (PH) untuk sama-sama menerajui kerajaan jika menang pilihan raya nanti,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Shukri berkata, rakyat dan negara sudah pasti tidak lupa betapa perit dan sengsaranya berada di bawah pemerintahan PH selama 22 bulan sebelum ini.

“Banyak pencabulan telah dilakukan terhadap prinsip-prinsip asas yang menadi tunjang kedaulatan negara serta hak-hak umat Islam dan kaum bumiputera di negara ini,” katanya.

Katanya, PAS Perlis tetap yakin, satu-satunya solusi terbaik bagi menghadapi PRU-15 nanti adalah dengan memperkukuh usaha Penyatuan Ummah serta bersama-sama dalam satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrem dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya, PAS Perlis juga menyokong penuh sebarang usaha daripada parti untuk terus menyeru seluruh parti Melayu Islam baik UMNO dan BERSATU untuk bersama-sama dalam membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam. – SM

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button