Politik

UMNO setuju PRN diadakan di Johor

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad telah mendapat persetujuan dari Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor.
Hasni, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor berkata, beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri sebelum memasuki Istana Bukit Serene bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kata Ahli Dewan Undangan Negeri Benut itu lagi, beliau dijangka memasuki Istana pada pukul 5 petang ini, sebelum kembali ke Bangunan UMNO Johor untuk membuat sidang media khas.
(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button