Nasionalpilihan

Menjelang sidang Parlimen, Nik Abduh, Zahid antara positif Covid-19

SEBANYAK tiga Ahli Parlimen disahkan positif Covid-19 menjelang sidang Parlimen yang akan berlangsung Isnin depan.

Difahamkan, antara Ahli Parlimen yang dijangkiti Covid-19 ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok).

Seorang lagi yang turut positif ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan pegawai pengiringnya.

“Pada masa sama, terdapat ahli Parlimen yang mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan,” kata sumber seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

Kesemua Ahli Parlimen itu antara 35 individu yang telah disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang didakwa turut dijangkti bagaimana pun telah disahkan negatif Covid-19.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari akan bermula Isnin depan hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat. -SM

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button