fbpx
Politik

27 usul tidak percaya terhadap Muhyiddin

Utusan Malaysia melaporkan setakat ini  jumlah keseluruhan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang persidangan Dewan Rakyat minggu depan adalah sebanyak 27 usul.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, dua usul undi percaya kepada Muhyiddin juga dikemukakan.

Kata sumber itu, daripada 27 usul yang diperoleh, terdapat dua undi undi tidak percaya daripada dua ahli Parlimen sama dan bertindih yang menjadikan keseluruhan usul diterima adalah 25 usul.

Usul tersebut merujuk kepada Buku Aturan Urusan Mesyuarat yang dikeluarkan Parlimen hari ini dan semua ahli Parlimen mendapat salinan usul tersebut yang menjadi kebiasaan sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.


Show More

Related Articles

Back to top button