fbpx
Nasional

Parti liar: 59 ditahan termasuk pelajar dan remaja bawah umur

Sebanyak 59 individu termasuk 15 perempuan yang sedang asyik berparti liar ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur semalam.

Difahamkan serbuan ke unit kondominium yang disewa sebanyak RM220 sehari itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 14 hingga 23 tahun.

“27 orang daripada mereka adalah pelajar dan remaja bawah umur.

“Pemeriksaan ke atas dua lelaki juga mendapati mereka memiliki 31 biji pil ekstasi dengan anggarah berat 12.8 gram,” katanya.


Menurut Mohd Fahmi, ujian saringan awal mendapati sebanyak 16 individu positif dadah jenis ampthemanie dan ketamin.

Jelasnya, daripada 16 individu itu, empat daripadanya ialah perempuan dan dua lagi merupakan pelajar kolej dan pelajar sekolah.

Kesemua mereka telah ditahan reman selama empat hari sehingga 15 september depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a).

Tambahnya lagi, kesemua tangkapan juga telah dikenakan kompaun RM1000 di bawah Peraturan 3 Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (LangkahLangkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 8) 2020 (P.U.(A) 254/2020). -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button