Nasional

Mudah Sahaja Kalau Mahu Kahwin Tepai Jika Mereka ‘Ambil Mudah’ Itu Cerita Lain!

Pasangan yang ingin berkahwin di negara jiran perlu memilih kaedah yang betul dan jangan menggunakan khidmat sindiket bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul berpanjangan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa mempermudahkan urusan berkaitan hal itu, termasuk sepanjang tempoh pandemik COVID-19, baru-baru ini.

“Pihak JAKIM sentiasa mempermudahkan urusan dan nasihat saya supaya tidak berlakunya kesulitan yang tak berkesudahan, semua pasangan yang ingin berkahwin perlu memilih cara yang betul ikut undang-undang.

“Dalam tempoh pandemik (COVID-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita ada pelbagai cara dan kaedah bagi mempermudahkan tapi kalau ada pihak tertentu yang ingin mengambil mudah, itu cerita lain,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Kejohanan Muay Thai Kebangsaan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini.

Ahmad Marzuk berkata, setiap negeri ada garis panduan tersendiri dalam menguruskan hal perkahwinan, termasuk berkenaan poligami dengan syarat tertentu.

Katanya, selain berkahwin menggunakan khidmat sindiket, ingin menyorokkan perkahwinan daripada isteri terdahulu juga menyebabkan timbul masalah di kemudian hari.

“Nak ambil mudah, sorok daripada isteri pertama dan kahwin pakai sindiket. Itu cara mudah tapi akhirnya berlaku kepayahan yang berpanjangan.

“Sudah ada garis panduan setiap negeri bagaimana untuk uruskan perkahwinan, termasuk dari sudut poligami dengan syarat tertentu, maka kalau kita sebagai lelaki sejati, jangan takut, buat macam biasa,” katanya.

Dalam laporan sebuah akhbar kelmarin menyatakan lebih 100 pasangan tempatan tidak dapat mengesahkan pernikahan di Thailand, sekali gus gagal mendaftarkan perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah gara-gara pintu sempadan negara ditutup selain berdepan kerenah birokrasi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengarah Urusan Firma Guaman Aniza Nazri Consultancy, Ahmad Nazri Minhat, yang berkata, agensinya menerima banyak permohonan daripada pasangan yang berdepan masalah itu.

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button