fbpx
Politik

Para menteri selitkanlah di poket `buku kecil’ Dr. Mahathir

KOMENTAR

MANA yang elok, contohilah. Bak kata pepatah Melayu “Alah bisa, tegal biasa’. Apa saja yang sukar jika diberlatih lama kelamaan akan menjadi mudah jua.

Semua menteri dan timbalan menteri diyakini cukup maklum kehebatan Perdana Menteri ketujuh terutama semasa beliau menjadi PM ke-4 tempoh hari. Ia khususnya kebijaksanaan beliau mengendali dan merencanakan hal-hal Kabinet.

Sesiapapun yang mengenali rapat Tun Dr. Mahathir Mohamad atau mengikuti rentak perjalanan karier politiknya, pasti tidak berasa pelik mengapa beliau tidak mudah berpuas hati dengan apa-apa pencapaian.

Realitinya, Kabinet secara literalnya membincangkan apa jua perkara yang dikemukakan.

Tiada perkara yang dipandang terlalu mustahak atau terlalu remeh untuk diketepikan selagi perkara yang dibangkitkan berkait kesejahteraan rakyat dan negara.


Daripada topik seperti perjanjian air antara Johor dan Singapura hinggalah ke tandas kotor atau jam lapangan terbang yang tidak berfungsi – semua ini dan banyak lagi perkara lain telah menjadi bahan perbincangan dalam Kabinet.

Apa rahsia kecekapan Dr Mahathir? Tabiat Dr. Mahathir adalah beliau sering membawa buku catatan dan pen untuk dicatat segala masalah rakyat atau sesuatu yang baharu baginya.

Semasa keluar negara pun beliau akan mencatat segala apa yang dilihatnya dan dengar supaya dapat memberi panduan kepadanya.

Kerana itu banyak pembaharuan dibawa masuk semasa di bawah kepimpinannya dengan pelbagai dasar supaya memajukan negara ini.

Pada 5 Mei 1982 memulakan hari pertama Kabinet beliau setelah menggantikan Datuk Hussein Onn pada Jun 1981 – sambil mengeluarkan sebuah buku nota kecil – beliau memulakan agenda hari itu dengan memberi syarahan pengenalan yang ringkas kepada menteri-menteri di kompleks JPM, Jalan Dato’ Onn.

Seingat Suara Merdeka, orang Jepun dan Korea memang amalkan tabiat ini.

Seperti mana Imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia boleh mengingat semula segala yang dicatitkan di tapak tangan.

Apa istimewanya buku nota yang diselit dalam kocek baju yang nampak murah sekadar 50 sen atau seringgit ini? Ada menyatakan, kebanyakan idea mega Dr. Mahathir membangunkan negara dicatit di dalam buku nota kecil yang mungkin tidak mahal itu?

Ia dipercayai senarai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Dr. Mahathir suka menteri-menteri beliau memberikan output. Beliau tidak minat teori yang mengaburkan proses pemikiran dan buah fikiran-fikiran baharu amat digalakkan, tetapi ia mestilah berhasil.

Minat beliau yang mendalam dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) ini kemudiannya menyuntik usaha-usaha baharu, antaranya seingat Suara Merdeka juga untuk Cyberjaya dan siaran satelit yang diwakili oleh Astro.

Kata pengawal peribadi pemimpin ini, Saad Hashim yang pernah berkhidmat selama 30 tahun sejak Dr. Mahathir menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu dalam satu laporan portal berita, Dr Mahathir disifatkan seorang yang sangat menepati masa.

Masa umpama emas baginya. Sangat berharga. Setiap kali ada program, semua kakitangan yang bertugas akan datang lebih awal lagi.

Jadi, selepas ini anggota Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya memiliki buku kecil serupa – untuk memastikan ketua menaruh keyakinan tinggi.

Ini sekali gus anggota kabinet cepat berhijrah menyerap tindakan-tindakan yang mampu memberi manfaat besar kepada rakyat. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button