Politik

Ibu bapa, pelajar semakin hilang keyakinan kepada KPM

KEKELIRUAN dan keresahan pelajar dan ibu bapa dalam menghadapi persekolahan ketika pandemik Koronavirus (Covid-19) terus kelihatan.

Hari ini merupakan hari kedua pelajar khususnya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 hadir ke sekolah.

Namun, kehadiran mereka sekolah pula menyebabkan dijangkiti Covid-19 sehingga tidak dibenarkan menduduki peperiksaan utama itu.

Keadaan itu membimbangkan pelajar dan ibu bapa dan dalam masa sama masalah pelajar lain untuk melaksanakan pembelajaran di rumah (PdPR) juga belum dibereskan.

Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) perlu meneliti semula kaedah persekolahan ketika ini dan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan penyelesaian berkesan.

“Melihat kepada bantahan masalah calon SPM 2020 serta ibu bapa, saya rasa pihak kementerian dan Menteri Pendidikan, Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin perlu melakukan sesi libat urus yang lebih serius.”

Demikian ringkas kata bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, dalam hantaran Facebook hari ini mengulas laporan pelajar dijangkiti Covid-19.

Beliau berkata keyakinan terhadap Menteri, KPM dan kerajaan merudum berikutan isu berkaitan pelajar sekolah ketika pandemik tidak diatasi.

“Isu utamanya ialah defisit kepercayaan terhadap menteri, KPM dan kerajaan. Take the bull by the horns!,” tegasnya.

Hari ini, 36 pelajar calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah dijangkiti Covid-19 selepas hadir ke sekolah.

Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam sidang akhbar perkembangan pandemik Covid-19 di Sabah hari ini.

Malah semalam, seorang calon SPM di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis, Pahang disahkan positif Covid-19.

Hal berkenaan menyebabkan 146 pelajar diarahkan menjalani kuarantin sebelum tiga lagi kemudian disahkan dijangkiti virus itu.

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button