fbpx
Politik
Trending

Guan Eng dicabar nafikan dakwaan fitnah

BEKAS Menteri Kewangan dicabar membuat laporan polis terhadap dakwaan fitnah melibatkan anaknya berhubung isu rasuah melibatkan nilai RM36 juta.

Dakwaan tersebut tular dalam media sosial menerusi Facebook Nelson 007 Burung Ababil 鸟神战士 mendakwa berlaku penyelesaian cukai tertunggak melalui orang tengah.

Menerusi video yang tular itu, anak Guan Eng dipercayai menjadi orang tengah kepada pemilik sebuah hotel di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau dikatakan membantu hotel tersebut menyelesaikan isu cukai tertunggak lebih RM100 juta kepada kerajaan.

“Lim Guan Eng, kalau apa yang saya kata di sini adalah tak betul, tak benar, pergi ke balai polis buat laporan.


“Anda suka panggil itu you punya ahli-ahli Parlimen yang geng-geng awak, kroni awak, pergi semua laporkan kepada polis kata saya fitnah.

“Please saya cabar you, challenge you. Kalau tak berani, jadi apa yang terjadi tuan-tuan tahu anak dia sudah ambil RM18 juta apa yang bapa dia buat selama ini.”

Demikian kata Nelson dalam video tersebut dan menafikan dakwaan Guan Eng yang berkali-kali menyatakan beliau menolak rasuah.

Dalam pada itu, Nelson turut menjelaskan bagaimana transaksi rasuah melibatkan hotel tersebut berlaku.

Malah, beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang kukuh berserta rakaman video dalam pertemuan tersebut.

“Semua semasa Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan anak dia telah pergi ke satu hotel yang bernama Van Gogh di Bukit Mertajam.

“Dia berjumpa berjumpa Datuk Seri Goh Choon Kim menyatakan anaknya boleh selesaikan isu-isu cukai yang dihadapi oleh majikan itu.

“Jadi, Van Gogh telah menghadapi masalah cukai yang berat.

“Sebab bapa dia Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) pergi caj dia Van Gogh, banyak duti, cukai.

“Dia mengatakan cukai yang dikenakan lebih banyak, RM100 juta,” katanya.

Justeru, bagi menyelesaikan masalah tersebut, Nelson mendakwa anak Guan Eng pergi ke bertemu pemilik hotel berkenaan.

Dalam pertemuan tersebut juga dikatakan berlaku rundingan penyelesaian cukai dan mendakwa ia diselesaikan dengan bayaran RM36 juta.

“Dan anak dia pergi ke sana dengan orang tengah mengatakan mereka sanggup selesaikan semua masalah cukai ini.

“Akhirnya kedua pihak bargain dan amaun yang selesai adalah RM36 juta,” dakwanya.

Kata Nelson lagi, RM36 juta itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu RM18 juta yang pertama dibayar untuk selesaikan tunggakan cukai.

Apabila bayaran itu dibuat, nama Goh Choon Kim didakwa digugurkan daripada senarai tuntutan cukai.

“Bahagian pertama adalah RM18 juta untuk selesai dan nama Datuk Seri digugurkan daripada income tax dan tidak perlu dikenakan cukai.

“RM18 juta akan diberilah untuk selesaikan semua orang kata ‘kawtim’ selesai itu tolonglah ini semua kegiatan yang haram ini.

“Jadi, di sini saya hendak beritahu, sebanyak RM18 juta ini adalah cash yang banyak dan mereka diberikan sebanyak lima kali.

“Untuk pergi ambil duit untuk selesai dan anak dia telah membawa orang tengah,” jelasnya.

Oleh demikian, dalam video sama, Nelson turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan.

Malah katanya lagi, dia bersedia untuk menyerahkan segala bukti yang ada bagi memastikan isu ini disiasat dan anak Ahli Parlimen Bagan itu ditahan.

“Jadi, saya berharap SPRM nampak ini dan tolong siasat dengan lebih mendalam.

“Janganlah melepaskan sesiapa yang cuba selesaikan itu cukai-cukai yang dikenakan itu orang tengah,” gesanya.

Terdahulu, Guan Eng berhadapan tuduhan rasuah di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Tuduhan tersebut melibatkan projek pembinaan terowong dan jalan-jalan utama di Pulau Pinang. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button