Luar Negara

Pakar bedah Dr. Amalina Che Bakri terima Anugerah UK Women of the Future 2021

UK Women of the Future Award 2021 dianugerahkan kepada pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri dalam kategori profesion.

Menurut Amalina, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, pengiktirafan yang diterimanya itu membuatkan beliau merasa rendah diri kerana dikelilingi ramai wanita muda di Britain, peneraju dari pelbagai bidang perubatan, undang-undang teknologi, STEM, sukan dan sebagainya.

Demikian catatan Amalina semalam di media sosialnya sambil melahirkan rasa terharu di atas anugerah highly recommended itu.

Penghargaan itu mendapat perhatian netizen yang turut mengucapkan sekalung tahniah kepada Dr. Amalina. – SM

(Visited 161 times, 1 visits today)


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button