Luar Negara

Singapura benarkan pengundi kemuka pasport

RAKYAT Singapura dibenar menggunakan pasport negaranya sebagai ganti pengenalan diri ketika mengundi dalam pilihan raya umum.

Kemudahan itu diperkenalkan Jabatan Pilihan Raya (ELD) negara berkenaan selepas mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa Pusat Pemeriksaan dan Imigresen (CA).

Dalam maklum balas tersebut, ICA menerima permintaan bagi menggunakan pasport sebagai ganti pengenalan diri pada hari mengundi.

Penggunaan pasport juga dilihat sebagai ganti bagi mereka yang kehilangan kad pengenalan, menunggu kad gantian atau pertukaran alamat.

“ELD ingin memaklumkan kepada rakyat Singapura bahawa pasport Singapura boleh digunakan sebagai ganti kepada kad pengenalan pada hari mengundi.

BACA > 6 negeri bebas Covid-19, tiada daerah merah — Suara Merdeka

“Rakyat Singapura diingatkan, alamat pusat undian adalah berdasarkan pendaftaran yang dibuat sebelum 1 Mac.

“Ia merupakan tarikh akhir sebelum pihak Pendaftar Pengundi  melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya.

“Pengundi akan mengundi mengikut pusat undian berdasarkan alamat yang telah didaftarkan sebelum tarikh tersebut.”

Demikian kenyataan daripada jabatan yang menguruskan hal ehwal pilihan raya negara itu seperti dipetik portal Channel News Asia (CNA).

Menurut laporan CNA lagi, hari pengundian bagi pilihan raya umum (PRU) Singapura adalah pada 10 Julai sementara pencalonan pula pada 30 Jun.

BACA > Shafie calon PM, Anwar TPM 1 dan Mukhriz TPM 2 — Suara Merdeka

PRU Singapura kali ini dianggap bersejarah kerana diadakan dalam situasi pandemik Koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan perintah berkurung atau sekatan dilaksanakan secara global.

Justeru, ELD turut memperkenalkan pelan pelaksanaan pengundian yang mematuhi panduan kesihatan awam dalam mengekang wabak berkenaan.

Kali terakhir Singapura mengadakan pilihan raya adalah pada 11 September 2015 yang menyaksikan Parti Tindakan Rakyat (PAP) terus memegang tampuk pemerintahan.

SINGAPURA PASPORT
LEE HSIEN LOONG

Ini bermakna, berdasarkan Akta Pilihanraya Parlimen, tempoh penggal pemerintahan sepatutnya berakhir tiga bulan selepas tempoh lima tahun iaitu pada hujung tahun ini.

Namun, Hsien Long pada 23 Jun lalu mengumumkan pembubaran parlimen selepas menasihatkan Presiden negaranya, Halimah Yacob.

Menurut Hsien Long, pembubaran Parlimen dibuat walaupun menyedari kempen pilihan raya tidak akan berjalan seperti biasa.

BACA > Singapura, Malaysia setuju buka pintu sempadan — Suara Merdeka

Malah katanya lagi, pembubaran juga dibuat selepas melihat keadaan serangan pandemik mulai stabil. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button