Luar Negara

China cepatkan R&D vaksin khusus Omicron

CHINA sedang mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin Covid-19 yang menyasarkan varian Omicron untuk membendung jangkitan varian tersebut.

China setakat ini masih belum mencatatkan sebarang kes berkaitan varian berkenaan ketika seluruh dunia mula berdepan dengan penularan varian baharu itu.

Ketua kumpulan untuk pembangunan vaksin Covid-19 di China, Zheng Zhongwei berkata, terdapat keperluan bagi menggunakan teknologi berbeza dengan vaksin yang sedia ada.

“Kami dengan pantas mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) khusus varian Omicron berdasarkan teknologi yang berbeza,” katanya.

Belum ada bukti kukuh yang melaporkan vaksin dapat mengelakkan penularan jangkitan varian Omicron ini secara meluas, namun dengan vaksin yang sedia ada diyakini dapat megurangkan komplikasi sekiranya dijangkiti oleh varian itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Omicron sebagai varian membimbangkan (VOC).

Pengeluar vaksin China, Sinovac Biotech berkata ia sedang menilai sama ada vaksinnya berkesan terhadap Omicron atau sama ada syarikat itu perlu membangunkan vaksin baharu.

Pfizer-BioNTech pula menjangkakan lebih banyak data mengenai varian Omicron dalam masa dua minggu untuk membantu menentukan sama ada vaksinnya perlu diolah semula.

China masih belum meluluskan vaksin Covid-19 yang dibangunkan di luar negara. – SM

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button