Luar Negara

Tersalah ambil beg berisi lampin, pencuri putih mata RM58 ribu

TERSALAH ambil beg yang berisi lampin, lima perompak di Kabupaten Indramayu, Indonesia berputih mata dalam kejadian khamis lalu.

Difahamkan beg asal yang sepatutnya dirompak mempunyai wang sebanyak 200 juta rupiah (RM58, 442. 96).

Ketua Polis Jatibarang, Kompol Ujang Rohimin berkata, suspek ketika itu bertindak memecahkan cermin kereta seorang wanita yang meletakkan kenderaannya di RTH Jatibarang.

Katanya, anggota polis segera ke lokasi kejadian setelah menerima laporan dan memeriksa barang yang terdapat di dalam kereta tersebut.

“Hasil siasata awal mendapati suspek dipercayai mengambil beg plastik berisi lampin.


“Duit sebanyak 200 juta rupiah itu masih berada di tempat duduk belakang dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, kelima-lima suspek telah ditahan dan sebelum ini mereka pernah didakwa memecah masuk kereta rasmi Waka Polres Lebak.

“Mereka pernah memecah masuk kereta rasmi Wakan Polres Lebak. Mereka dipercayai berjaya mencuri 100 juta rupiah (RM 29,214.12) pada Disember tahun lalu. -SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button