Nasional

Operasi bersepadu beras putih di tempata di sekitar Sekangor, rentas negeri

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Chan Foong Hin mengetuai Operasi Bersepadu  beras Putih Tempatan (BPT) di premis pemborong beras di sekitar Selangor pada Khamis.

Operasi melibatkan kerjasama penguatkuasaan rentas agensi antaranya Penguatkuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Bahagian Penguatkuasa, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Operasi tersebut melibatkan 42 anggota penguatkuasa dan PDRM meliputi pengambilan sampel beras dan pengiraan stok fizikal beras dalam simpanan gudang.

Hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa semua premis pemborong beras mempunyai bekalan beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI), lesen masih sah tempoh dan simpanan beras tidak melebihi had muatan yang dilesenkan.

Kesemua sampel yang diambil adalah mengikut prosedur penguatkuasaan yang ditetapkan dan akan diserahkan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk tujuan analisis bagi mengesan pertukaran kampit beras atau aktiviti mencampurkan BPT dan BPI.

KPKM akan meneruskan kerjasama penguatkuasaan rentas kementerian dan agensi melalui Operasi Bersepadu BPT dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampur BPT dan BPI atau menyembunyikan bekalan BPT. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button