Nasionalpilihan

Gambar lama jadi kontroversi dan dikaitkan dengan mangsa pesawat MH370 – Maiwati Azha

Seorang pengguna Facebook, Maiwati Azha mendakwa salah satu gambar lamanya yang turut sama dalam event piloxing menjadi kontroversi apabila kononnya dikaitkan dengan mangsa pesawat MH370.

Jelas Maiwati, mereka bukanlah mangsa pesawat MH370 seperti yang didakwa kerana masing-masing masih hidup di bandar Kuala Lumpur pada ketika ini.

“Ya, kita salah seorang tuan dalam gambar tu. Yang lelaki, free hair dan bertudung tu semuaaaa hidupp lagi di bandarrr kotaaa Kuala Lumpur ni.

“Ni gambar event piloxing lama di Bangsar. Bukan zumba. Yang penting kita orang bukan mangsa pesawat mh370 tu and otak kene reset bagai tu,” jelas Maiwati.

Terdahulu, Facebook Page AFN diserang netizen Malaysia kerana terdapat beberapa gambar yang dimuat naik dikatakan hampir serupa dengan mangsa pesawat MH370.


(Visited 302 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button