Nasional

Kesimpulan Cerita Hari Sabtu, Tiga Drama Cemaskan Negara!

Bermula dari sebelah pagi, kumpulan baju hitam memulakan perarakan dengan mesej mahu Azam Baki berehat atau letak jawatan sementara siasatan kes saham yang dikaitkan dengannya dijalankan secara professional.

Perarakan berlangsung di ibu kota dan disebabkan perarakan itu, beberapa jalan di ibu kota telah ditutup sehingga peniaga bahkan pengguna jalan raya ada yang tersangkut untuk bergerak.

Sementara itu di Johor pula, UMNO mengadakan mesyuarat kali terakhir berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan selang beberapa jam selepas itu, adegan baru tercipta.

Seperti yang dijangka biar pun UMNO seribu kali menafikan tiada pembubaran DUN atau Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat dalam masa terdekat, kepercayaan itu sudah boleh dibakul sampahkan.

Sekitar pukul lima petang, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pembubaran DUN Johor yang entah bila dihantar UMNO kerana dalam kenyataan media, semua menafikannya.


Berbalik ke ibu kota, di Institut Jantung Negara, pengamal media ada yang berkampung di situ kerana mendapat berita Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berdepan dengan masa yang sukar.

Penghujung hari Sabtu, Tun dilaporkan stabil dan pengamal media sudah boleh menarik nafas lega untuk pulang ke rumah dan bertemu anak isteri pada hujung minggu seperti biasa.

Di rumah, atas kerusi yang sofanya sudah tercarik-carik kulitnya, ada yang memegang telefon dan melayari media sosial dan membaca cerita yang masih hangat.

Kalau bukan cerita Heliza dan suaminya, cerita Datuk Seri Vida yang cantik dan comel, mujur cerita tentang Iqbal semakin kurang dan tak penting pun sebenarnya, sekadar nak tiru Datuk Seri Aliff Syukri versi 2.0.

Selain itu, cerita kemarahan rakyat ke atas BAM dan Lee Zii Jia pun masih belum berakhir, bertalu-talu BAM kena smash dengan netizen sampaikan Roslin Hashim pun naik bengang!

(Visited 385 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button