fbpx
Nasional

Komen Facebook boleh cetus 13 Mei?

KUALA LUMPUR – “Adakah kemungkinan bahawa negara sedang menuju ke 13 Mei 1969? Saya yakin ia boleh berlaku. Ini adalah amaran saya: Jika tidak ada usaha yang mencukupi untuk meredakan ketegangan dalam kalangan rakyat, jangan terkejut sekiranya kejadian 13 Mei berlaku.”

Pandangan itu jika dikeluarkan oleh masyarakat biasa ia hanyalah kata-kata kosong yang tidak memberi sebarang makna.

Jika ia keluar daripada mulut ahli-ahli politik kita akan menganggapnya sebagai kata-kata untuk menakutkan masyarakat agar menyokong mereka dan parti mereka. Kata-kata ahli politik itu dipandang penuh dengan ucapan berkepentingan.

Namun kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Penasihat program deradikalisasi polis, Ahmad El Muhammady.

Beliau terlibat secara tidak langsung menangani isu kegiatan pengganas di Malaysia dan menemubual menemu bual berpuluh-puluh militan.

“Jika anda tidak mempercayai saya, buka Facebook dan baca bahagian komen. Sebagai penyelidik deradikalisasi, pandangan di ruangkan komen seumpamanya seperti hanya selangkah dari sesuatu yang radikal.

“Ini adalah amaran saya: jika tidak ada usaha yang mencukupi untuk meredakan ketegangan dalam kalangan rakyat, jangan terkejut sekiranya kejadian 13 Mei berlaku,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam wacana di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertajuk “Kekerasan dan Ancaman Keselamatan Negara: Bersediakah kita?”.

Pandangan Ahmad El Muhammady tidak seharusnya dipandang sepi. Seorang pensyarah dan penasihat program anti pengganas kepada pihak polis seperti beliau tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menggusar dan menakutkan masyarakat Malaysia yang dihuni oleh pelbagai kaum.

Ahmad El Muhammady tidak mungkin akan mengeluarkan pendapat yang membimbangkan itu tanpa kajian yang teliti.

Jika dilihat secara mendalam dan teliti terutama bahagian komen di Facebook portal berita seperti Malaysiakini dan Free Malaysia Today terutama artikel berbahasa Inggeris anda dapat lihat betapa melampau dan perkaumnnya pandangan yang dilemparkan oleh pembaca.

Lebih menakutkan komen yang membangkitkan kemarahan dan kebencian kaum itu dilakukan tanpa berselindung dan menggunakan profil sebenar.

Itu hanya Facebook portal berita yang menggunakan tulisan rumi. Jika dilihat portal yang menggunakan bahasa ibunda tidak kurang hebat kata-kata perkauam yang dilemparkan.

Zaman kini membolehkan masyarakat yang tidak memahami tulisan ibunda masih mampu membaca komen yang dilemparkan apabila menekan butang ‘translate’ pada Facebook.

Persoalannya apa yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap komen-komen perkauman di Facebook dan media sosial untuk mengelakkan daripada tragedi 13 Mei daripada berulang?

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button