Nasional

Agong berkenan serah kunci rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyerahkan kunci rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Raub, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Ketika kunjungan berkenaan, Seri Paduka berkenan menyerahkan kunci rumah kepada empat pemilik kediaman masing-masing di Kampung Lechar, Kampung Temau, Kampung Sungai Sia dan Kampung Ulu Sungai, yang mengalami kerosakan teruk ketika banjir buruk melanda Pahang pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini.

Baginda ketika bertitah mengingatkan supaya pemilik tidak menjual rumah mereka dan menjaganya dengan baik.

“Sedih saya kalau ini berlaku, kita akan buat satu prasyarat mesti dapat kebenaran daripada pegawai daerah…bukan hendak menyusahkan dan memperketatkan tapi hendak jaga kepentingan tuan tanah.


(Visited 10 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button