Nasional

COVID-19: 100,000 pekerja asing di Sabah belum jalani ujian saringan

LEBIH 100,000 pekerja asing yang digajikan oleh majikan di Sabah belum menjalani ujian saringan Covid-19.

Setakat ini hanya 700 daripada 7,578 majikan di negeri itu yang yang menggajikan seramai 115,157 tampil memastikan pekerja mereka melakukan ujian itu.

Bakinya masih belum berbuat demikian yang mana ini boleh meningkatkan risiko pertembahan kes Covid-19.

“Namun, setakat ini hanya 700 majikan sahaja tampil melakukan ujian saringan sejak Disember tahun lalu melibatkan seramai 3,200 pekerja asing,” kataJabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah, Wan Zukli Wan Setapa seperti yang dilaporkan BERNAMA.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan Operasi Pematuhan Ujian Saringan COVID-19, terhadap majikan menggajikan pekerja asing di Sabah di sebuah kilang di sini, hari ini.

Oleh itu Wan Zukli berharap, semua majikan yang belum melaksanakan ujian saringan terhadap pekerja asing mereka, diminta berbuat demikian mulai hari ini hingga 28 Feb depan.

Beliau berkata JTK bersama Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), akan melaksanakan operasi bersepadu dan mengadakan lawatan ke setiap premis, bagi memastikan semua pekerja asing di Sabah menjalani ujian saringan COVID-19.

“Jika majikan tidak melakukan ujian saringan itu, maka pendakwaan boleh dibuat melalui Akta 342 di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan ) No 9 2020 Perkara 10,” katanya.

Wan Zukli berkata, setiap pekerja asing yang melakukan ujian saringan akan diberikan subsidi RM60 dan baki selebihnya ditanggung oleh majikan, selain ujian saringan juga boleh dilakukan di 78 klinik berdaftar PERKESO di seluruh Sabah. – BERNAMA

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button