Nasional

PKP tamat, tetapi rentas negeri belum dibenarkan

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Perjalanan rentas daerah juga dibenarkan di semua negeri kecuali Sabah – atas permintaan kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun perjalanan rentas negeri kekal dilarang di seluruh negara.

Pada masa sama, penguatkuasaan PKPB kekal di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Bagi Melaka, Pahang,Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasakan, juga bermula 5 Mac ini.

“Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac ini, kecuali Sarawak yang bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini,” katanya.

Penguatkuasaan PKPP kekal di Perlis.

Di bawah PKPP dan PKPB, semua jenis acara, pertunjukan, penggambaran dan persembahan langsung dalam industri kreatif di dewan, audtiorium, premis seni, pusat konvensyen, stadium dan studio dibenarkan tetapi tanpa penonton.

Jumlah pengurusan, artis dan kru terhad kepada 70 peratus daripada kapasiti biasa bagi kawasan di bawah PKPB dan 100 peratus bagi kawasan PKPP, kata Ismail.

Kegiatan ‘busking’ dalam premis bangunan seperti kafe dan pusat beli-belah juga dibenarkan.

Bagi sektor pelancongan pula, pusat tarikan seperti zoo, ladang, akuarium, taman rekreasi juga dibenarkan. Begitu juga dengan premis seni budaya seperti muzium, pustaka, galeri seni dan pusat seni warisan budaya.

Taman tema dan pusat hiburan keluarga juga dibenarkan beroperasi.

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button