Politik

Tidak perlu saya sebut siapa pengadu – Tun Faisal

Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz beliau tahu siapa yang mengadu terhadap Lembaga Disiplin, sehingga menyebabkan dia diheret ke tribunal, semalam.

Bagaimanapun Tun Faisal enggan mendedahkan nama individu terbabit.

Secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan perjalanan prosiding, walaupun peringkat awalnya terdapat pertikaian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tribunal Lembaga Disiplin kerana membuka seluas-luasnya ruang untuk saya memberikan hujahan balas terhadap semua pertuduhan,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, pertikaian tersebut terkait soal
soal prosiding dan hak-hak beliau sebagai orang kena tuduh tetapi telah diselesaikan dengan baik.

“Saya tidak boleh ulas secara terperinci, saya berikan hujah pokok, setebal 16 muka surat tidak termasuk bahan-bahan lampiran,” jelas beliau.

Beliau juga enggan memberi perincian hujah, tetapi mahu memperbetulkan tulisan media berkaitan akuan bersumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau tidak pernah sebut akuan bersumpah, sebaliknya hanya menyebut surat sokongan dan setia kepada Anwar.

Ketika ditanya apakah beliau akan menerima sebarang keputusan tribunal berkenaan, Tun Faisal berkata, ia bergantung kepada keputusan.

“Jika tidak wajar, saya akan buat rayuan, jika adil dan wajar, insya-Allah saya terima.

“Saya harap tribunal akan pertimbangkan sebaik-baiknya hujah-hujah balas saya dan fakta-fakta kes yang diberikan,” kata beliau. – SM

(Visited 625 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button