Nasional

PKP: Mohon kebenaran operasi niaga melalui CIMS 2.0

PENGUSAHA dan peniaga dalam lapan sektor berkaitan dibenarkan beroperasi sekiranya permohonan dan kelulusan diperoleh melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS 2.0).

Sistem berkenaan boleh diakses melalui laman web Kementerian erdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula pukul 4 petang tadi.

[BACA] COVID-19 : 10 rakyat Malaysia antara kes baharu di Singapura

Selain langkah pengukuhan ekonomi, lapan sektor perniagaan berkenaan dibenarkan kembali beroperasi demi memastikan kelangsungan bekalan dalam negara mencukupi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Kementerian itu dalam satu kenyataan menjelaskan, permohonan hanya dibenarkan melalui sistem itu sahaja.

“Proses permohonan dan kelulusan akan ambil masa sehingga lima hari. Bagaimanapun kelulusan tertakluk kepada Majlis Keselematan Negara (MKN), Kerajaan Neger dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Sementara bagi pemohon yang pernah mendapat kelulusan dalam sistem sebelum ini perlu membuat permohonan semula untuk memudahcara pergerakan pekerja dan operasi syarikat,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, bagi pengusaha atau peniaga yang tidak mendapat kebenaran dalam permohonan sebelum ini boleh memohon semula melalui CIMS 2.0.

[BACA] PKP: Zoo Negara terima RM1.3 juta dari Kerajaan Pusat — Suara Merdeka
[BACA] Elak kekeliruan sektor ekonomi boleh beroperasi semasa PKP — Suara Merdeka

CIMSBagaimanapun, kelulusan adalah terhad kepada premis yang terletak dalam zon hijau sahaja.

Sementara premis yang terletak dalam zon merah pula tertakluk kepada arahan MKN dan PBT.

“Walaupun dibenarkan beroperasi, masa dan jumlah kakitangna tertakluk kepada kelulusan MITI dan arahan MKN serta PBT.

“Bagi premis yang berada dalam zon merah adalah tertakluk kepada arahan MKN dan PBT,” jelasnya. – SM

[BACA] Jangan kompromi kepentingan kesihatan awam – Tok Mat — Suara Merdeka
[BACA] Setiap kita ada peranan – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Berikut adalah sektor yang dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP dan PKP Diperketatkan (PKPDP).

  • Automotif
  • Mesin dan peralatan
  • Aeroangkasa
  • Projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
  • Sains, profesional dan teknikal.
  • Kesihatan sosial
  • Perkakasan, barangan elektrik dan elektronik
  • Dobi perkhidmatan penuh
(Visited 354 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button