fbpx
Sukan

Novak Djokovic, isteri positif Covid-19

Pulang ke Serbia dari Balkan, kuarantin 14 hari

HANYA dia dan isteri sahaja yang disahkan positif Covid-19 manakala anak-anak, tidak dijangkiti wabak itu. Amat bernasib baik bagi pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic apabila dia dan isterinya, Jelena, sahaja yang disahkan positif selepas pasangan suami isteri ini pulang ke Serbia.

Ekoran itu, Djokovic dan Jelena perlu mengasingkan diri menjalani kuarantin selama 14 hari selain daripada perlu menjalani ujian kesihatan lain dalam tempoh lima hari akan datang.

Para peminat Djokovic pasti tertanya-tanya, bagaimanakah pemain tenis hebat ini boleh terkena jangkitan Covid-19?

Menurut laporan media antarabangsa, Djokovic dijangkiti wabak pendamik itu sewaktu dia memenuhi jadual penganjuran perlawanan amal Adria Tour.


Perlawanan amal ini ialah sebuah acara amal empat peringkat yang diadakan di Balkan.

Djokovic bagaimanapun merasa bernasib baik apabila ujian saringan kesihatan Covid-19 yang dijalankan ke atas anak-anaknya adalah negatif.

Sekalipun dijangkiti Covid-19 berpunca daripada penganjuran amal itu, Djokovic bagaimanapun mempertahankan keputusan penganjur yang memutuskan untuk meneruskan acara perlawanan tersebut.


Dalam mempertahankan rationale mengapa penganjuran amal itu diteruskan, mereka berkata, sewaktu menganjurkan kejohanan, ia adalah pada saat virus semakin lemah.

Mereka (penganjur) juga percaya bahawa syarat untuk mengadakan tour telah dipenuhi.

“Sayangnya, virus ini masih ada dan ini adalah kenyataan baharu yang masih kita pelajari dan hadapi.

“Saya berharap semuanya akan reda seiring dengan waktu sehingga kita semua dapat melanjutkan kehidupan seperti dulu.

“Saya sangat kesal untuk setiap kes jangkitan. Saya harap ia tidak akan merumitkan keadaan kesihatan seseorang dan semua orang akan baik-baik saja,” katanya. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button