Bola SepakSukan

Mora sah tinggalkan JDT

KETIADAAN Benjamin Mora dalam dua perlawanan terakhir Johor Darul Ta’zim (JDT) terjawab apabila skuad Harimau Selatan mengesahkan jurulatih kelahiran Mexico berkenaan telah dilepaskan.

JDT dalam satu kenyataan melalui hantaran di akaun Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, keputusan berkenaan dibuat Mora sendiri atas alasan peribadi namun pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima kehadirannya kembali.

“Kelab JDT mengucapkan terima kasih kepada Benjamin Mora atas khidmat baktinya.

“Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Mora merupakan jurulatih JDT paling berjaya dalam sejarah kelab dengan mengemudi empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

“Benjamin telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.

“Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, spekulasi membabitkan pengendali berusia 43 tahun itu meninggalkan skuad Harimau Selatan bertiup kencang sejak beberapa hari lalu selepas ketiadaannya di tepi padang dalam dua perlawanan terakhir JDT baru-baru ini.

Artikel berkaitan > TMJ undur diri, serah JDT kepada Pengurusan Tertinggi

(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button