Sukan

Lapangan Golf Putra telah dibaik pulih, atasi masalah becak

Walaupun negara kita bahkan seluruh dunia telah mengalami beberapa gelombang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, namun dengan izin Allah jua, segala cabaran gelombang pandemik tersebut berjaya khususnya dalam sudut aliran tunai kewangan, lapangan dan juga pembangunan diharungi dengan baik dan Kelab Golf Putra (KGP) Perlis masih mampu meneruskan operasinya dengan pematuhan SOP mengikut apa yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Persatuan Golf Malaysia (MGA).

‘Keadaan lapangan padang Kelab Golf Putra (KGP) Perlis adalah berada di tahap yang baik pada ketika ini. Keadaan persekitaran rumah kelab juga telah bertambah baik. Semoga pemantauan dan tahap kebersihan juga senantiasa dapat diberikan perhatian dan keutamaan oleh semua’.

Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri juga telah membantu memulihkan ‘Green 6’ dan ‘Green 15’ yang kini telah sedia digunakan. Permasalahan saliran juga kebanyakannya telahpun dapat dibaiki dan dijangkakan akan mampu mengurangkan keadaan becak sewaktu musim hujan kelak.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Agung Kelab Golf Putra (KGP) Perlis Kali Ke-44 yang diadakan di bangunan rumah kelab berkenaan di Sungai Batu Pahat dekat Kangar semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Presiden 2, Hamizan Hassan dan Naib Presiden 3, Prof Ir Ts Dr R. Badlishah Ahmad.

Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Presiden kelab berharap agar ahli-ahli KGP Perlis dapat terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak MGA dan mempertingkatkan lagi etika golf demi menjaga nama baik kelab yang semua sama-sama sayangi ini.

Sejurus sesudah selesainya mesyuarat, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mewakili kelab menerima mock cek sumbangan daripada Encomas Sdn Bhd bernilai RM10 ribu dan Goldmine Maxim Sdn Bhd juga sebanyak RM10 ribu diserahkan oleh Datuk Rick Cheng Wooiyang diiringi oleh Naziman Mahmud kepada pihak kelab.

Turut dilangsungkan selepas itu ialah perlawanan persahabatan di antara pasukan pilihan KGP Perlis melawan pasukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang melibatkan penyertaan seramai 44 orang pemain.

(Visited 431 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button