NasionalPolitik

Noraini Ahmad pun pening, kata TPM

AHLI Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi untuk memaklumkan bahawa beliau pening dengan keadaan sekarang.

Maksud pening dengan keadaan sekarang yang dinyatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu boleh dikaitkan dengan dua perkara iaitu pertama, berkenaan sidang akhbar yang telah dilakukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan 11 ahli Parlimen UMNO menarik diri dari menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara kedua yang boleh dirujuk dengan situasi pening seperti mana yang dinyatakan oleh Noraini kepada Ismail Sabri juga kemungkinan ada kaitan dengan desas desus yang mengatakan, beliau akan mengikut jejak Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang melepaskan jawatan sebagai seorang menteri kerana akur dengan kehendak parti.

Terdahulu, spekualsi Noraini akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi setakat ini masih belum disahkan oleh empunya tubuh.

Ismail Sabri memberi penjelasan kepada umum dengan memberi sebab mengapa Noraini tidak hadir pada sidang media ahli-ahli Parlimen UMNO pada pukul 11.30 pagi ini.

Menurut Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO hari ini berkata, 31 ahli Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan Perikatan Nasional (BN) pimpinan Muhyuddin Yassin.

Pada sidang media Ismail Sabri hari ini, turut hadir ialah Datuk Seri Mahadzir Khalid, Datuk Seri Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Ismail (Kuala Krau), Ismail (Maran), Datuk Halimah Saddique, Datin Mastura Yazid, Datuk Tajudin Rahman, Datuk Seri Idris Jusoh, Tan Sri Annuar Musa, Jalaludin Alias, Hasan Arifin, Abdul Rahman Muhamad, Sahar, Ahmad Hamzah, Salim Sharif, Zahidi, Datuk Seri Wee Ka Siong, Datuk Seri Wee Jeck Seng dan Datuk Seri S. Saravanan.

Manakala ahli-ahli Parlimen BN yang tidak hadir pada sidang media hari ini, kata Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Pertahanan tetapi menyokong Muhyiddin ialah Khairy Jamaluddin (KJ), Datuk Seri Reezal Merican (berada di Tokyo kerana Sukan Olimpik), Datuk Seri Dr, Adham Baba, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Mohamad Al-Amin, Datuk Mohd. Nizar Zakaria (Ahli Parlimen Parit), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim dan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Menurut Ismail Sabri, cubaan untuk menghubungi Noraini bagaimanapun gagal kerana menteri wanita itu menutup telefon bimbitnya.

Mungkin disebabkan serabut sangat membuatkan Noraini bertindak demikian, wallahhuaklam. – SM

(Visited 722 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button