MahkamahNasional

Bekas CEO institut automotif hadapi 9 pertuduhan AMLA

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) institut automotif, Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas sembilan pertuduhan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM4 juta pada 2021 dan 2022.

Madani didakwa dengan enam pertuduhan terlibat secara tidak langsung dalam transaksi melibatkan hasil aktiviti haram melalui akaun bank milik peguamnya, Norizan & Associates melalui surat arahan kepada peguam itu kepada akaun milik beberapa individu dan syarikat, berjumlah RM750,000.

Dia didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Bagi tiga lagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) akta yang sama, beliau didakwa membuat pembayaran untuk yuran guaman kepada peguamnya berjumlah RM250,000 dan membeli Islamic Redeemable Preferance Shares Class F, berjumlah RM3 juta.

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii, Madani Sahari.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi.

Bagi tiga lagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) akta yang sama, tertuduh didakwa membuat pembayaran untuk yuran guaman kepada peguamnya berjumlah RM250,000 dan membeli Islamic Redeemable Preferance Shares Class F, berjumlah RM3 juta.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi.

Madani dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Hong Leong Bank Cawangan Shah Alam dan di Trillion Cove Holdings Bhd, Subang Business Center, Subang Jaya antara 10 Julai 2021 hingga 21 Februari 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Akhir; Haresh Prakash Somiah dan Nurul Atiqah Mohamad Alias manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan dan Rahmat Abu Bakar.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes itu dipindahkan dan dibicara bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan mengguna pakai wang jaminan RM300,000 daripada kes yang dihadapinya sebelum ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mahkamah menetapkan tarikh 9 Jun ini sebagai sebutan semula kes. – SM

BACA Bekas CEO MARii didakwa terima rasuah RM5 juta

BACA Bekas CEO MARii mengaku tak bersalah minta rasuah RM5 juta

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button