Nasional

Azam Baki saman Lalitha

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam  Baki telah fail saman terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.

Ia berikutan penerbitan sebuah artikel di portal agensi berita pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu.

Menurut peguam cara, Megat Abdul Munir, tuntutan saman fitnah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,  dibuat mewakili anak guamnya, Azam.

Kata Megar Abdul Munir, keputusan mengemukakan saman fitnah dibuat selepas Lalitha gagal memberi maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Januari lalu.

“Defendan menerusi peguam sebaliknya mengeluarkan kenyataan di Twitter menyatakan beliau kekal terhadap dakwaan seperti dalam penerbitan artikel yang anak guam kami berulang kali tegaskan ia adalah suatu tuduhan fitnah.

“Justeru, anak guam kami tidak mempunyai pilihan lain, tetapi dengan memfailkan saman ini sebelum tempoh 14 hari dari tarikh LOD untuk menjaga nama baik, reputasi dan kedudukan profesionalnya,” katanya dalam kenyataan.

Bekiau berkata, anak guamnya hanya menggunakan hak seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan untuk mencari penyelesaian bersesuaian di mahkamah Malaysia.

Anak guamnya juga percaya saluran itu memberi hak dan peluang sama kepada defendan untuk mengesahkan dakwaannya berbanding sekadar terbabit dengan perbicaraan oleh media.

“Anak guam kami tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit dan menaruh kepercayaan terhadap sistem kehakiman di Malaysia bagi mengendalikan perbicaraan secara seadilnya.

“Anak guam kami sekali lagi menegaskan SPRM komited untuk melindungi pemberi maklumat yang tertakluk kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.

Sebelum ini, Azam memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan saman terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya dan SPRM selain bagi memastikan dakwaan tidak berasas sedemikian tidak berulang.

Beliau sebelum ini didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai, sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

Tuduhan itu dijelaskan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang yang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki pada 5 Januari lalu.

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button