Mahkamahpilihan

Penganggur dipenjara lapan tahun cederakan bapa

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini atas tuduhan menumbuk kepala dan menghempas badan bapanya ke tanah.

Tertuduh, Muhammad Fahmi Ramli, 29, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 7.06 petang 13 Jun lalu di No 2154-2 Jalan Bunga Raya 4, KM4, Kampung Semabok, daerah Melaka Tengah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca

bersama Seksyen 326A kanun sama yang mana sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana mempunyai rekod lampau atas kesalahan sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Majistret Sharda Shienha mengarahkan tertuduh dipenjara lapan bulan dari tarikh sabitan hari ini.

Dalam prosiding sama, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen sama iaitu menumbuk bapanya di alamat sama pada pukul 11.05 malam 15 Mei 2022.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah telah menggunakan kekerasan

jenayah apabila membaling objek seperti batu, kayu dan besi terhadap mangsa sama di alamat dan masa sama yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 352 kanun sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sehingga tiga bulan penjara atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Dia juga mengaku tidak bersalah memberikan diri sendiri dadah jenis methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah pada kira-kira pukul 4.45 petang 15 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah

Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan dikenakan pengawasan polis maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Fiqri Hakim dalam hujahannya menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 352 manakala RM8,000 atas kesalahan dadah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,500 bagi

kesemua pertuduhan dan menetapkan 24 Julai ini untuk sebutan kes. – SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button