Nasionalpilihan

Bayi 9 bulan maut dipercayai dibunuh pengasuh

SEPASANG suami isteri ditahan polis kerana dipercayai membunuh bayi yang berusia 9 bulan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 27 April lalu kira-kira pukul 7 malam.

“Pengadu yang juga seorang doktor memberitahu telah menerima seorang pesakit bayi lelaki yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bayi itu dibawa ke hospital oleh seorang lelaki yang dipercayai merupakan pengasuh bayi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fakhrudin, hasil bedah siasat pula mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dan kecederaan di bahagian dubur mangsa.

Bertindak hasil maklumat, ujarnya, satu serbuan telah dibuat di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya kira-kira pukul 8 malam semalam.

“Dalam serbuan itu kita telah berjaya menahan sepasang suami isteri yang juga pengasuh kepada bayi berkenaan.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod melibatkan kes di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih dadah,” jelasnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -SM

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button