Nasional

Tindakan Anwar Desak SPRM Siasat UKSB & Bestinet Pada 2022 Satu Penghormatan

Negara pernah menyaksikan kelantangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan Bestinet.

Hal ini demikian kerana pada sekitar Jun 2022, ketika Anwar Ibrahim menuju langkah menjadi Perdana Menteri, UKSB dan Bestinet terpalit dengan isu mencurigakan bagi memperoleh kontrak daripada kerajaan

Bagi Anwar pada ketika itu, isu memperoleh kontrak daripada Kerajaan secara ‘luar biasa’ ini menggugat kepercayaan rakyat kepada Kerajaan, lebih-lebih lagi dalam menguruskan isu penyelewengan.

Mana tidaknya, sejarah perbicaraan negara menyaksikan UKSB dikaitkan dengan Visa Luar Negara (VLN) dan pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China.

Manakala sumber berita pada sekitar 2022 melaporkan, Bestinet bukan hanya dikaitkan dengan sistem Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS).

Malah pengasas Bestinet Mohd Amin Abdul Nor dikatakan mempengaruhi kerajaan Malaysia dalam mengehadkan bilangan agensi membekalkan buruh ke Malaysia kepada 25 syarikat sahaja.

Ketirisan yang berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar sebelum Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri membuatkan Malaysia terpaksa menjadi lubuk lambakan pekerja asing.

Wang dari Malaysia misalnya, ditukar dan dihantar ke Bangladesh dan kemasukan semula duit asing ke Malaysia sudah pasti tidak menyamai atau melebihi wang yang telah mengalir keluar.

Kesannya, ekonomi setempat menjadi ‘sesak’ dan itu belum masuk cerita Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan sebanyak RM28.5 bilion atau bersamaan RM78 juta sehari mengalir keluar pada tahun yang sama.

BNM sendiri mendedahkan dalam kehilangan RM28.5 bilion itu, ia termasuk dengan wang yang dikirimkan oleh pekerja warga asing kepada keluarga mereka di negara asal masing-masing.

Lebih terperinci, Kerajaan pada ketika itu ibarat sengaja membiarkan negara kehilangan RM2.3 bilion sebulan melalui tindakan pekerja asing dari pelbagai sektor ekonomi menghantar duit Malaysia ke luar!

Sumber:

  1. Anwar Ibrahim desak SPRM siasat penuh UKSB dan Bestinet | Astro Awani
  2. Malaysia hilang RM28.5 bilion | Kosmo!
(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button