Nasional

Syarikat perlombongan guna nama Dr. Noor Hisham

SEBUAH syarikat perlombongan dipercayai Kashi Mining didakwa menggunakan nama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Nama beliau dalam syarikat tersebut diletakkan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Perletakan nama beliau dilihat sebagai cubaan khianat untuk menjatuhkan reputasi beliau sebagai penjawat awam.

Dr. Noor Hisham juga diketahui umum sebagai individu yang memimpin kakitangan kesihatan seluruh negara dalam memerangi penyakit Koronavirus (Covid-19).

Malah, beliau juga diiktiraf dunia sebagai doktor yang paling dipercayai dalam menanangi pandemik global itu.

Justeru, beliau menafikan dakwaan yang tular daripada laman sesawang Syarikat Kashi Mining.

“Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam laman sesawang mereka sebagai COO!

“Jelas ini adalah palsu.”

Demikian penafian Dr. Noor Hisham yang dibuat menerusi Facebooknya malam tadi.

Bagaimanapun, laman sesawang berkenaan tidak lagi boleh diakses dan menerusi carian Suara Merdeka, syarikat tersebut dipercayai berpengkalan di Labuan.

Syarikat itu juga dilihat menggunakan alamat Kampung Patau-Patau 2.

Dalam pada itu juga, terdapat sebuah laman web, Stop 419 Scammers, menyenaraikan Kashi Mining sebagai syarikat yang terlibat dengan penipuan.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan, syarikat tesebut dikatakan berasal daripada Nigeria dan beroperasi termasuk India dan Dubai.

Menurut laman web tersebut, Kashi Mining didakwa menjalankan aktiviti scam sejak 2019. – SM

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button